Assalamualaikum..
Aku anak ke-6 dari 8 beradik..seorang kakak aku meninggal ketika masih kecil. So, sekarang tinggal kami 7 beradik. Dibesarkan di sebuah kampung yang terpencil. Aku tidak dibesarkan dengan kemewahan harta, malah dilumuri lumpur kemiskinan. Tidaklah terlampau miskin, tapi bagi aku memang cukup perit. Ikan masin adalah lauk harian kami, jarang sekali dapat merasa ikan laut. Apa sahaja di sekeliling kami, semua boleh dibuat sayur dan lauk. Biasanya aku pergi memancing di parit-parit dan di kolam-kolam untuk merasa lauk terbaik.
Abang, adik dan sepupu-sepupu adalah geng terbaik aku untuk pergi memancing dan berkubang dalam parit. Emak tak pernah marah kalau kami balik dengan baju yang berlumpur, tu memang perkara biasa bagi kami orang kampung.
Kami juga dibesarkan dengan perangai abah yang garang. Sekali dengar suara abah, terabur semua anak-anak lari ketakutan. Banyak sangat pantang abah kalau mengajar anak..pantang ditanya, lalu kami jawab 'entah'..pantang makan dulu sebelum abah..pantang ambil sesuatu dari dia dengan tangan kiri..pantang tak ucap terima kasih. Macam-macam pantanglah! Walau apa pun keburukan abah sampai kami pernah membenci, abah tetap abah kami. Dan alhamdulillah, bila kami dah besar ni abah dah tak garang macam dulu lagi.
No comments:
Post a Comment